Alhamdulillah. syukur ke hadrat Illahi, kerana aku berpeluang lagi untuk duduk bersama-sama untuk berkongsi cerita, nasihat dan pandangan bersama-sama kawan2 yang baca blog ni.
Sekarang cuti sem sudah bermula, aku mula merancang jadual yang perlu aku penuhi pada cuti sem ini. Niat untuk bekerja pada cuti ini terbatal kerana aku fikir selama ini aku tinggalkan ibu keseorangan untuk pergi belajar, apa salahnya kalau cuti ini aku luangkan masa untuk dia. Bila2 sahaja boleh cari duit tetapi kebahagiaan bersama ibu sukar di cari.Menyesal kemudian tiada gunanya..
Di rumah, aku banyak menghabiskan masa bersama dengan anak saudaraku "Fakhrullah". Dialah pengubat suka duka & rindu ibu semasa ketiadaan aku.Umurnya baru mencecah 1 tahun. Walaupun, aku mempunyai 3 orang lagi anak saudara tetapi kami jarang bertemu kerana jarak yang berjauhan. Aku selalu mendoakan mereka, supaya sentiasa sihat dan tidak lupakan kami sekeluarga disini.
Bagitu aku raya tahun ini tidak semeriah tahun lepas kerana kehilangan abang tersayang masih lagi terasa. Rasa baru sahaja arwah meninggalkan kami sekeluarga. Allah lebih sayangkan arwah lg dan mesti ada hikmah disebalik ni. Cuma kami sekeluarga kena banyak berdoa dan memohon kepada Allah SWT.
Di rumah aku banyak belajar memasak dengan ibu. Antar menu yang diajar oleh ibu ialah kerabu jantung pisang,Polly ubi, tepung manis dan macam2 lg. Sekarang kat Qlate musim hujan jadi stok ubi memang laku di kedai sehingga ada yang sanggup jual ubi kayu sampai mencecah rm 15 sekilo. huhu.. nasib baik laa ibu ni ade tanam ubi kayu. kami x payah beli ubi kayu lagi.
Pada musim hujan ni, semua ubi orang makan seperti ubi, stelo, ibu badak, ubi iitik, ubu keling dan macam2 jenis ubi lg laa. Ubi kentang? ubi kentang pun sama kalau diletak dalam sup..sedapnYa.huhu. Ade orang suaka wat pengat ubi (serawa ubi), polly, tepung manis dan macam2 lg. tetapi ade juga yang suka makan dengan merebus sahaja ubi tu. pastu makan dengan nyor (kelapa). Wah...sedapnya makan time panas2.
Buat kawan-kawan semua, Selamat Hari Raya AidilAdha. Bukalah jiwa dan minda seluas-luasnya.