Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi dapat lagi hamba menulis di blog kesayangan ini. Walaupun blog ini tidak lah seberapa dan tidak seperti blog2 yang lain tp hamba bersyukur kerana blog ini memeberi hamba ruang untuk mencoret sedikit sebanyak apa yang tersirat di dalam hati hamba.
Seperti biasa, tahun ini hamba menyambut hari raya secara sederhana sahaja bersama keluarga tercinta. x tahu macamana lagi hamba ingin gambarkan suasana sambutan hari raya hamba. Tahun 2011 ini makin berkurang ahli keluarga hamba. hamba hanya beraya bersama ma dan kakak sahaja. sedih sangat2.. huhu.. bayangkan tahun ini, hamba tidak dapat merasa ketupat dan tapai ma kerana ma bagitu teringat dekat arwah abang long dan abang ngah. apakan daya, masa tidak boleh di ulang lagi...
Lagi sedih, kami tidak membuat persiapan raya pun. Malam raya orang lain sibuk buat rendang, pasang langsir, main bunga api dengan sedara dan berkunjung ke rumah jiran-jiran tetapi tidak kami. Hamba, ma dan kakak hanya duduk menyepi di dalam rumah sambil mendengar alunan takbir raya. Waktu it, hamba tidak dapat menahan kesedihan. Kesedihan kerana teringat dekat arwah abg long dan abg ngah yang telah pergi ke rahmatullah.
Pada pagi raya, ma kejutkan hamba untuk siapkan diri ke masjid bagi menunaikan solat hari raya. Perasaan hamba sungguh sebak dan sunyi sebab tiada kedengaran suara anak saudara lagi di dalam rumah, suara abang long yang sentiasa menyuruh hamba menggosok bajunya di pagi raya. tiada gelak ketawa dan gurauan lagi.. Ya Allah kuatkan semangat hamba ini. Pagi itu ma hanya membuat meehun goreng untuk sarapan pagi. sesudah sarapan kami pun pegi menunaikan solat hari raya di masjid Ibrahim dekat kampung hamba.
Sesudah menunaikan solat hari raya, kami terus berkunjung ke tanah perkuburan. Semasa melangkah masuk ke kawasan perkuburan. Hati hamba pedih dan sedih sangat tetapi hamba menahan air mata dari mengalir keluar. Dari jauh hamba sudah dapat melihat 3 pasang batu nisan yang berhampiran menunggu kehadiran kami. Mula kami hamba, ma n kakak berkunjung ke kubur abah. Hamba tidak dapat menahan kesedihan. Air mata mula mengalir dipipi. Hamba mula membersihkan kubur abah dengan membuang daun2 kering yang ada berdekatan.
Kemudian hamba ke kubur abang long dan abang ngah yang hanya bersebelahan. Air mata makin laju dan tidak mahu berhenti. samabil menahan sebak sambil membersih kubur mereka. Hamba menghampar tikar untuk kami duduk membaca yasin dan mensedekahkan al-fatihah kepada mereka. Hamba melihat raut wajah ma. ma cukup sedih dengan kehilangan anak yang tercinta. Ma membaca yasin sambil menahan kesedihannya. Hamba tidak boleh melihat ma menitiskan air mata. Hamba lagi sebak dan rasa sedih melihat ma menangis. Bersabarlah ma... Ini semua ujian daripada Allah SWT, mungkin ada hikmah disebalik ujian ini...
Sesudah membaca yasin dan mensedekahkan al fatihah untuk abah, abg long dan abg ngah kami terus pulang ke rumah dengan hiba... Kadang2 hamba sentiasa berfikir mungkin ada keajaiban selepas ini..