Awalluddin ma'rifatuLLah... Permulaan agama itu adalah mengenal ALlah.. Kenalkan anak-anak kita dengan lagu sebegini. Lentur jiwanya yang masih rebung dengan lagu-lagu yang mengenal Allah.

Sebagai guru prasekolah,Saya ingin anak-anak didik saya mengenal penciptanya dan menyeimbangkan kemahairan-kemahiran lain dengan seimbang. Saya tidak mahu melihat mereka berjaya di dunia sahaja tetapi mahu melihat mereka berjaya di akhirat. Kanak-kanak yang baru ingin mengenal apa erti dunia ini sememangnya menjadi tanggungjawab saya sebagai guru yang paling hampir dengan mereka.

Kanak-kanak sekarang petah bercakap dalam bahasa English..tapi, dalam kotak fikiran saya bermain-main..macammana dgn semangat cintakan Islam kanak-kanak sekarang? Permulaan dalam agama apa yang mereka kenal dulu? Lantas timbul rasa kasihan dalam hati saya kepada kanak-kanak yang masih kecil. Biar hatinya terdidik dengan mengenal Allah dan Rasulnya..kenal akan tanggungjawab sebagai seorang Muslim.

Saya mula berfikir dan terus berfikir. Bagaimana saya ingin menarik minat anak-anak didik saya dalam mendekatkan diri mereka dengan pencipta Allah SWT. Saya terus berfikir dan berfikir akhirnya saya mendapat jalan menyelesaian. Bagaimana? Setiap komponen atau matapelajaran prasekolah saya boleh menyelitkan sedikit sebnayak tentang Islam. Selain itu setiap contoh yang diberikan mesti berkaitan dengan asas2 mengenal pencipta.

Mudah-mudahan berkat usaha kita mengharapkan yang terbaik untuk agama, dunia dan akhirat anak kita.Allah pasti mengabulkan permintaan dan lintasan hati kita yang ikhlas keranaNya.Sama-sama kita mendidik anak-anak kita menjadi anak-anak yang cemerlang..bukan sahaja di dunia.malah di akhirat kerana yang utama dan lebih utama adalah pandangan ALLAH. InsyaALLah.

Jangan lupa untuk sentiasa lurus niat mengingati Allah dalam setiap yang kita lakukan...kerana kita hidup hanya untuk Allah. Mudah-mudahan segala dugaan dapat kita harungi dengan penuh redha,sabar dan bersyukur.Syukur AlhamduLillah I'm a Muslim and We are a Muslim...So, don't forget to say Bismillah in everything we do.

p/s: kepada sesiapa yang ingin menjadi anak muridku, boleh register dahulu..hehe. :)



"Indahnya kalammu wanita solehah yang berjuang disisi mujahid soleh....
Seindah-indah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah...”


Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.

”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”

Wanita solehah idaman mujahid soleh yang malunya menjadi perisai dirinya, yang zikirnya menjadi penawar dirinya; tak gentar di acah mehnah duniawi kerana dia rindukan wangian syurgawi, dia berpegang pada janji yang terpatri di lubuk hati. Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.

Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh mama dan abah. Tiada harta untuk kupersembahkan, hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ...

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Rum: 21)

Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa a.s, sama seperti mu.

”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160)

Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan

kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata. Aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Pendirianku...pernikahanku akan ku jadikan medan pencarian ilmu agama sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini. Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, suamiku dan anak-anak untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,

" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya."
(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)





Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan.

“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”
(An Nisaa’ : 1) "


Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".
(An-Nissa':34)

Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia. Aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku. Jadikanlah suatu pernikahan itu sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah.

Aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, dan hadis-hadis Nabawi kerana aku meyakini bahawa Qalam itu mampu memimpin rumahtanggaku dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Jua tidak ternilai harga maruah diriku untuk dibanding dengan nilai wang ringgit atau nilai duniawi. Selaras jua dengan hadis Nabi, aku mahu jadi wanita yang punya barokah.

"Seorang wanita yang penuh barakah dan mendapat anugerah Allah adalah yang maharnya murah, mudah menikahinya, dan akhlaknya baik. Sebaliknya, wanita yang celaka adalah yang mahal maharnya, sulit menikahinya, dan buruk akhlaknya”Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan.

Tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.

p/s: Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu



Assalamu'alaikum w.b.t
Cinta boleh bertasbih ker? huhuhu.. Pelik. Alahmdulillah sekarang saya sudah habis menonton filem "Ketika Cinta Bertasbih" by Habiburrahman El shirazy untuk kali ke berapa entah bersama ibu tercinta. hehe.

Penuh dengan suasana yang baik iaitu di Cairo. (rasa macam duk sana dah bila tgk cite ni) Ternyata jalan cerita memang bagus. ia memang sesuai dipertontonkan kepada pecinta-pecinta filem islam.



Maaflah kawan2 saya x larat nak tulis sinopsis. Tp, kalau nak tahu jg, cb search je kat internet. Kalau x sabar juga terus jer pi beli novel KCB ini kat kedai buku. InsyaAllah tidak rugi membelinya.. :)

p/s: Seronok menonton filem ni bersama ma tercinta.



Alhamdulillah, hari ini saya diizinkan oleh Allah SWT untuk menulis di blog ini. Masa membaca blog kawan2, saya berkesempatan membaca blog senior-senior kita. Apa yang paling menarik tajuk UTAMA blog kak Syida "Jom Ke Kg Mesilou Ranau".

Saya mula membaca cerita2 di dalam blog kak syida. Ternyata kak syida menceritakan pengalaman dia semasa di tempat dipostingkan. Berderau darah megalir terasa. Di dalam hati Allah sahaja yang mengetahui.

Tanpa membuang masa aku terus membaca coretan yang kak syida tulis. Aku boleh membayangkan situasi kak syida di sana. Seronok + Sedih + Takut + Gembira, semua perasaan tergambar di dalam fikiran.

Bila berjauhan dengan keluarga di semenanjung memang terasa sedih yang teramat. Tetapi mengenangkan insan2 yang menunggu kehadiran seorang guru yang boleh membimbing mereka sehingga mereka berjaya adalah satu tanggungjawab yang tidak boleh dilepaskan juga.

Ya Allah, sekarang ni aku hanya berdoa apa yang terbaik untuk ku. Kalau itu adalah terbaik bagimu, aku terima. Hanya DIA (Allah SWT) yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.



Sememangnya menjadi kelaziman dan kebiasaan saya untuk senyum pada sesiapa sahaja yang saya kenali atau tidak. Malahan ada yang bertanya ‘mengapa saya suka senyum hatta dalam YM mahupun SMS. Maka, saya harus menjawab ‘Mengapa saya tidak menjadi amalan senyum sebagai kebiasaan, sedangkan jiwa yang tenang boleh terpancar dengan senyuman’. Bahkan orang yang bermagnet dan berkarisma juga punya kuasa senyum yang hebat. Tapi jangan pula kekal berterusan dengan senyum apalagi jika berseorangan, dibimbangi disangka sebagai orang yang kurang ’sihat’ pula. Ini jadi kes lain pula.

Berkata Muhammad Qutb “Senyum itu akan terasa berat dilakukan bagi jiwa yang belum dibiasakan dengan kebaikan”.

Wahai pemuda pemudi, senyumlah.
Wahai duat, senyumlah.
Wahai muslimin, maniskan wajahmu dengan senyuman.
Senyum

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...


p/s: senyum itu sedekah



Dari mana nak mula ni? Apa yang aku tengok sekarang orang lebih pandai menilai seseorang dari segi luaran sahaja dan orang yang betul2 baik mudah dipijak dan dipandang serong oleh orang lain. kenape boleh jadi macam tu yer kawan2?

Tiada perkataan lain dah kecuali "Hipokrit". Aku paling tidak suka dengan perkataan ini. Perkataan ini pun dah melambangkan sikap seseorang itu. Kita boleh hipokrit kepada orang lain atau diri sendiri tetapi kita tidak boleh hipokrit kepada Allah SWT kerana DIA maha mengetahui segala perbuatan2 kita walau dimana berada.

Ini sedikit sebanyak makna "HYPOCRITE" yang di cari:

1. A person who pretends to have virtues, moral or religious beliefs, principles, etc., that he or she does not actually possess, esp. a person whose actions belie stated beliefs.

2. A person who feigns some desirable or publicly approved attitude, esp. one whose private life, opinions, or statements belie his or her public statements.

Kita hidup ini dalam bermasyarakat. kalau di sekolah kawan2 itu macam adik-beradik jer. kalau ada salah & silap saling nasihat-menasihati , tegur menegur dan jaga menjaga antara satu sama lain. Di dunia ini tiada manusia yang perfect tetapi kita boleh memperbaiki sedikit demi sedikit untuk menjadi lebih baik.

Kadang2 orang disangkakan baik, adalah orang yang selalu membuli dan mengata dr belakang? Apa nak jadi orang sekarang? Ingatlah ingin menilai seseorang itu bukan sekali pandang atau sekali berbicara dan terus mengatakan ia adalah seorang yang baik tetapi risik ia dengan baik daripada kawan2 terdekatnya. InsyaAllah, kita akan mendapat kawan yang betul2 baik. (syukur alhamdulillah)

Ma aku selalu berpesan selalulah memilih kawan dan jangan mudah menyanka orang dengan keburukan kerana kita tidak tahu kebenarannya. So, beringatlah kawan2 juga untuk diriku sendiri. Bukan mudah untuk cari teman yang bersama kita masa susah & senang.

Di dalam masyarakat, senario atau gejala sifat munafik ini semakin berkembang dan menular, bukan saja di kalangan mereka yang tidak berpendidikan agama malah di kalangan mereka yang mempunyai latar belakang pendidikan agama juga. (fikir2kan lah)

Jadi,berilah peluang kepadanya untuk membersihkan dirinya dulu daripada ciri-ciri munafik seperti berkata bohong, mungkir janji, tidak amanah dan melampau dalam perseteruan. Seharusnya kita berganding bahu mencari jalan secara psikologi dan hikmah untuk menghapuskan sifat dan sikap hipokrit ini.

p/s: Nasihat ini untuk diriku juga. Moga aku juga dapat memperbaiki diri ini
seadanya.



Alhamdulillah.. walaupun sekarang musim cuti tetapi aku still lg dapat menambahkan ilmu pengetahuan aku di rumah. Tak semestinya di tempat kita belajar jer, di mana-mana kita boleh cari ilmu.

Haa..sekarang, aku nak kongsi dengan kawan2 macam nak bagi masakan kita lebih sedap. maklumlah sekarang cuti, duk rumah leh la belajar sedikit sebanyak belajar memasak dengan ibu.

Ibu cakap nak bagi masakan lebih sedap, ikut adab2 seperti di bawah ni:
InsyaAllah, masakan yang terlebih garam atau terkurang garam akan menjadi sedap.

Adabnya ialah:

Doa Masuk dapur

1. Rabba atina min ladun karahmah wahayaklana miamrina rasya

Doa Waktu Sukat Beras
2.Alhamdulillah hilazi Atamana miljuk

Doa buka periuk
3.Allahuma bariklana fihi qairi minhu

Zikir Waktu Masak (kacau ikut lawan jam)
4. Laisalaha min dunillahi kasyifah..

Doa Potong Sayur dan Buah

5.Fazabahuha wamakadu yaf alun

Doa Letak Periuk/Kuali atas dapur

6. Fasayakfikahumullahu wahuwassami ul alim

Doa Simpan beras
7.Watar zuquman tasya u biqairi hisab

Doa Untuk Sedapkan makanan..

8.Selawat Nabi 3 x dan Istiqfar 3 x..
Dakwahkan...Saya tidak boleh bagi sedap makanan...yang bagi sedap makanan HANYA ALLAH..

9 lastly Tutup kepala



"Nabi SAW pernah berpesan pada istrinya...Kalau masak lebihkan kuah....untuk diberi pada jiran-jiran."

p/s: Cemburunya dengan masakan ibu..huhu. ape lg kawan2. Jom kita sama2 mencuba n mengamal..:)


Engkaulah HarapanKu