Ada sorang tua, nama dia tok Mek. Dia terlantar di hospital kerana sakit jantung,… .

Keadaannya semakin ari semakin teruk. Dah tak tau apa nak buat lagi. So suatu hari tu terpaksa panggil Pak Su Naim untuk bacakan doa untuk tok Mek. Tapi semakin dibaca, semakin teruk sakit orang tua tu. Sampai terketar-ketar dan termengah-mengah kerana terlalu sakit.

Tok Mek dalam keadaan tak berdaya tu memberikan isyarat meminta pen dan kertas. Sarah memberikan pen dan kertas kepada neneknya. Dengan sisa-sisa tenaga yang ada, tok Mek menulis dan memberikan kertas itu kepada Pak Su Naim.

Pak Su Naim menganggap tak baik membaca wasiat di hadapan tok Mek sebelum Nenek Sarah meninggal. Jadi dia pun masukkan kertas tu ke dalam poketnya.. Tak lama kemudian Nenek Sarah pun meninggal dunia.

Selepas seminggu kematian Tok Mek, Pak Su Naim pun datang ke rumah keluarga tok Mek, dengan memanggil semua sanak saudara tok Mek, tujuannya tak lain dan tak bukan adalah untuk menbaca wasiat dari nenek tersebut..

Pak Su Naim pun berucap, menyatakan kesedihannya atas kematian Tok Mek dan di akhir ucapan itu Pak Su naim mengajak saudara maranya membaca wasiat itu bersama-sama. Pak Su naim pun membuka kertas itu dan mula membaca.


"Naim… kau janganlah berdiri di atas wayar oksig
en aku tu..
kesian tok Mek...huhu


This entry was posted on 9:50 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments:

Engkaulah HarapanKu