Belum pernah jiwa saya tersentuh sebegitu walau telah saban kali mengulangi ayat yang sama. Namun impaknya kali ini amat berbeza. Ayat yang sangat mudah dilafaz, tapi amat payah untuk direalisasikan dalam kehidupan moden hari ini. Bukan semudah mengungkap ayat-ayat cinta kala kasih bersemi.

“ Tidakkah ingin kalian aku khabarkan tentang perkara terbaik dan paling berharga yang boleh dimiliki oleh seseorang? Iaitulah, isteri yang solehah, yang cirinya adalah menggembirakankan apabila memandang kepadanya. Jika disuruh, dia mentaatinya, dan bila kamu tiada, dia memelihara ( rahsia dan hartamu ) dengan sebaiknya.” ( Riwayat Abu Daud dan al Hakim )

Aku membaca dan terus membaca dengan penuh keinsafan dalam jiwa.

“ Wahai Tuhan kami, kurniakan lah kami pasangan hidup dan anak-anak yang menjadi penyejuk mata ( Qurratu’ayun ) dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.”

( al Furqan : 74 )

p/s : insyaAllah, Semoga kita semua berusaha meraih redhaNya sebagai qurratu’ayun dalam kehidupan



Links to this post

Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala biri-biri.

Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
Pakcik : Boleh aje...

Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?

Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?"

Pemuda : Yang putih.

Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.
Pemuda : Yang hitam?

Pakcik : Yang hitam pun sama...

Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?

Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?

Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...

Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?

Pemuda : Yang putih?

Pakcik : Aaa...yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punya.
Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punya?
Pakcik : Yang hitam pun sama....

Pemuda : !@#$%^&*()


Links to this post
Tahu x kawan asal-usul solat kita? Saya tertarik dengan artikel yang saya baca ni. Sekarang saya nak kongsi dengan kawan2 semua..

SUBUH
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan Dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. Pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama :- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua :- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. Telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
Rakaat pertama :- Bersyukur bagi penebusan .
Rakaat kedua :- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya Dan juga anaknya .
Rakaat ketiga :- Bersyukur Dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat :- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama :- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua :- Kelam dengan air laut .
Rakaat ketiga :- Kelam dengan malam.
Rakaat keempat :- Kelam dengan perut ikan Nun .

MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan Dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:
Rakaat pertama :- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua :- Untuk menafikan tuduhan Dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga :- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama :- Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua :- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga :- Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat :- Dukacita terhadap anak Firaun .


Links to this post



PERHATIAN

Kat sini, nak bagitau sikit pasal kontraversi yang berlaku baru2 ni. Minta maaf kepada semua kawan2, Saya nak bagitau sikit pertandingan yang telah diadakan tu pesertanya bukan student prasekolah. Saya dengar2 ade orang mengatakan begitu. Walaupun bukan course agama tapi kami tahu batas2nya. Kami berasa terkilan dengar apa yang kami dengar sedangkan kami tidak terlibat.

p/s: Apa yang saya tgk sekarang, orang yang baik diluar, tapi x sama di dalamnya. same2 kite perbaiki diri sendiri. InsyaAllah.


Links to this post

Sudah fitrah wanita ini tidak lekang dengan air mata. Walau suka atau duka, air mata sentiasa bersama2 menyelami juga perasaan mereka. Kawan2 nak tahu x apa yang ade disebalik air mata wanita? Jom kite baca cerpen ni...

Suatu ketika dahulu, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?” Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.” “Saya tak mengerti ibu,” kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti…” Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?” “Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas.” sang ayah menjawab. “Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.” Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya ia merasa seolah mendengar jawapannya:

“Saat Ku ciptakan wanita, saya membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila ia telah membesar.

“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.


“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Kuberikan ia air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan bila masa pun ia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

P/s: Ma, engkaulah ratu hatiku.Nak jadi seperti ma..


Links to this post
Emm.. knape laa hari ni, teringat je kat Wakaf Bharu..
Wakaf Bharu 3x
Ade ape kat Wakaf Bharu tu?
emmm... Semuanye tinggal kenangan.
Ade pahit & manisnye..
Ape2 pun aku kena kuatkan semangat untuk ke sana gak
walau hati ini rase beratnye..
nak tahu sebab ape?
Sebabnye...

p/s : lihat gambar ni akan terjawab soalannya


Links to this post

Bidadari Dari Timur… Seandainya direntasi laut segara, Tiada yang bisa menandingi lautan tabahmu, Seandainya gunung dijadikan pasak, Belum tentu seteguh setiamu, Seandainya ditawarkan buatku seorang isteri, Kau yang ingin kubawa hingga ke negeri abadi.

Novel ini adalah catatan dari seorang isteri seorang pejuang yang meluangkan masa berpuluh tahun hidup bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. segala pahit getir dihirup bersama, saling mempercayai sehingga tiada ruang untuk meletakkan curiga di antara mereka. Beliau adalah Tuan Sabariah Tuan Ishak. Banyak menceritakan kisah tentang hidup, kesetian, pengorbanan dan perjuangan beliau.

p/s: Wah.. Bila baca buku ni rasa respect sgt2 n nak jadi seperti beliau.. InsyaAllah :)


Links to this post

Time kasih Kak Ros and The Geng sebab:
  • Buat makan2 kat bilik lorong gelap ni.
  • Pastu buat makanan yang aku suka iaitu "meehun sup"
  • Bila makan dapat kumpulkan semua kawan-kawan
  • Lama dah kite x wat jamuan camni
  • dapat mengeratkan silaturahim semula.
  • banyak cerita2 yang dapat dikongsi bersama.
P/s: sedap laa air teh O malam tu. Sape yang buat ye? hehehe..


Links to this post


Emmm.. Dulu masa kecil2 dulu, apa yang aku tahu tentang kelebihan ayat kursi ialah boleh menghalau hantu dari dedakati. Time nak pi ngaji quran, mesti baca ayat kursi dulu. baca kuat2 pulak tu.Maklum laa zaman budak2. hehe.. Sekarang baru aku tahu banyak kelebihan ayat kursi rupanye. Meh aku nak kongsi dengan kawan2..

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.


4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.


5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr .a., Rasulullah S.A.W. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."


Links to this post

Emm.. teringin nak makan sup tulang laa pulak. hehe.

Bahan A:
1kg tulang lembu


Bahan B:
10-15 ulas bawang merah,
dihiris
7-10 ulas bawang putih,
dihiris
1/2 inci halia, dihiris
2 sudu besar rempah kurma, bancuh dengan sedikit air

Bahan C:

1 kiub sup bunjut

2 kiub sup tulang
3 sudu besar sos tiram

1 sudu kecil lada sulah

Cara menyediakannya:
1. Panaskan minyak, tumis B hingga wangi.
2.Then, masukkan A dan sedikit air. Rebus hingga dagingnya empuk.

3. Kemudian masukkan C, sesuaikan rasa.

4. Sedia untuk dihidang bersama bihun.


p/s: Mudah & sedapkan? ape lagi kawan2 jom mencuba


Links to this post

Perhatian kepada kawan2 penggemar NOVEL,

Kat sini nak bagitahu stu lagi novel yang terhangat

di pasaran tp novel ni dah lame keluar..

Nak tahu x novel ape?

Tajuk novel ni ialah " Warkah Cinta Berbau Syurga"

Penulisnya ialah A. Ubaidillah Alias.

Sinopsisnya:
Amir Mukhlis seorang mahasiswa yang membesar dalam atmosfera agama yang subur. Hidupnya mula teruji apabila Wardah mengharapkan sebuah keputusan. Lalu Balqis muncul membawa harapan. Akibatnya, salah faham tercetus antara Amir dan teman serumahnya. Dalam kegetiran menjadi mahasiswa tahun akhir, Amir perlu menyelesaikan konflik perasaan dan persahabatan. Kesihatannya turut terjejas. Mampukah Amir membuat keputusan tepat untuk keluar dari kemelut ini?

Kalau nak baca,beli laa... :)


Links to this post

NoK Balik,
Segho nok balik dooh2 ni,
Mugho tiket ado doh,

hanyo tunggu maso sajo no kelik..

Nok Balik,

fikiran duk di ghumoh,

hanya jasad jah dok sini,

Nok jupo ma,

Nok jupo Abe n kak,

Nok jupo Fakhrullah, Aina n Auni..


Nok Balik,

Biar mahal setaro mano tiket pun,

Nok Balik jugok,
Sebab ape?
Sebab ghumoh ku syurga ku.


p/s: sajak versi Qlate..hehe



Links to this post

Mengapa WANITA sangat Istimewa.... .. Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..sy letih la..dah lewat ni, sy nak tido lah...." Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap... susun pinggan kat rak, lap dapur.. terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalamflusk.. takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air... sementara tunggu air masak, nampak pulak bekasgula dah kosong....salin la gula.... check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok.. nasib baik ade lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dahbeku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh... penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah... tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle... baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam... pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle... ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asyik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2.. leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih... mana flyers tadi ek... ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle... Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...." ..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..." masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream... nak lawa and maintain punya pasal lah ni... nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. .. bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang... la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle.. dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi... grill pun taktutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar.. ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni... banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ... ok dah boleh baring....adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die....la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la....nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali... ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams... aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting.. ahh...boring. ..panas pulak lotion nih.. dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutuptv.. ."...sy dah ngantuk sangat ni....nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."... . selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah.... So?....apa yang peliknya..?? Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT.... Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah... setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri... Kalau lelaki mengakui kebenaran ini, hormat dah hargailah mereka.. untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...


Links to this post

Ada sorang tua, nama dia tok Mek. Dia terlantar di hospital kerana sakit jantung,… .

Keadaannya semakin ari semakin teruk. Dah tak tau apa nak buat lagi. So suatu hari tu terpaksa panggil Pak Su Naim untuk bacakan doa untuk tok Mek. Tapi semakin dibaca, semakin teruk sakit orang tua tu. Sampai terketar-ketar dan termengah-mengah kerana terlalu sakit.

Tok Mek dalam keadaan tak berdaya tu memberikan isyarat meminta pen dan kertas. Sarah memberikan pen dan kertas kepada neneknya. Dengan sisa-sisa tenaga yang ada, tok Mek menulis dan memberikan kertas itu kepada Pak Su Naim.

Pak Su Naim menganggap tak baik membaca wasiat di hadapan tok Mek sebelum Nenek Sarah meninggal. Jadi dia pun masukkan kertas tu ke dalam poketnya.. Tak lama kemudian Nenek Sarah pun meninggal dunia.

Selepas seminggu kematian Tok Mek, Pak Su Naim pun datang ke rumah keluarga tok Mek, dengan memanggil semua sanak saudara tok Mek, tujuannya tak lain dan tak bukan adalah untuk menbaca wasiat dari nenek tersebut..

Pak Su Naim pun berucap, menyatakan kesedihannya atas kematian Tok Mek dan di akhir ucapan itu Pak Su naim mengajak saudara maranya membaca wasiat itu bersama-sama. Pak Su naim pun membuka kertas itu dan mula membaca.


"Naim… kau janganlah berdiri di atas wayar oksig
en aku tu..
kesian tok Mek...huhu


Links to this post

Pemilik cintaku?

nak tahu x sape....

nak tahu x sape "Pemilik Cintaku?

hehehe..

Kalau nak tahu bacalah buku yang bertajuk "Pemilik Cintaku setelah Allah SWT &Rasulullah SAW.

InsyaAllah semua jawapan ade kat dalam buku tu.

Penulis buku "Tautan Hati" iaitu Fatimah Syarha Mohd Noordin.

P/s: kawan2 x rugi beli buku ni... :)






Links to this post

Maaf,
Andai perkataan ini lewat ku kirimkan,
Walau sedetik waktu menghilang,
Kehibaan tidak dapat ku sembunyikan lagi,
Melihat kau pergi buat selamanya.

Maaf,
Bila aku sunyi,
Namamu,
Rautwajahmu,
Perbuatanmu,
Sentiasa bermain di mindaku,
mengenang waktu bersamamu,
suara sayumu,
hilang dibawa angin syahdu,

Maaf,
Gurauanmu bersama sikecil,
Membuatku sebak dan menangis,
Sewaktu hayatmu masih ada,
Namun ku tahu,
Ini bukan permintaanmu,
Tapi perpisahan ini kurela,
Walau pili rasa hatiku.

p/s: sajak ini buat arwah abang Ngah tersayang
07/04/2009 (3.07pm)


Links to this post

Dalam subjek muzik hari ini, aku belajar lagu 'Busak Pakui'.

hehehehe...

Nak tahu x ape maksudnye?

maksudnye....

maksudnye ialah...

"Paku Besar"

Lagu ni, asalnya dari SeRawaK.

Jauhnyeee...

Lagu ini mengisahkan Orang Serawak yang tinggal di pedalaman.

Mereka mencari "Busak Pakui" iaitu daun pucuk paku untuk dibuat

makanan. Maksud "Busai" ialah besar.

lirik:
"Busak Pakui, busak pakui, busak pakui"
"Dilun Busak Pakui, busak pakui"
"Busak Pakui, busak pakui, busak pakui"

So, Nanti posting kat Serawak, Biase2 kan lah dengan

perkataan ini....


huhuu..


Links to this post

Engkaulah HarapanKu