Alahmdulillah..

Bersyukur Allah berikan kekuatan kepada saya ini lagi untuk menulis di blog kesayangan ini.

Bila saje buka blog ini, hati saya akan sebak bila membaca cerita "Usah Keringkan Air Mata Mu" itu. Walaupun dah lama peristiwa tu berlalu tetapi ia memberi kesan yang sangat mendalam kepada saya. Ma, saya dan kakak mengambil masa yang lama untuk menerima kenyataan ini bahawa abang Sal kedua saya iaitu Wan Mohd Faisal sudah pergi ke rahmatullah.

Kehilangan arwah ibarat rasa kehilangan sebelah kaki untuk berjalan. Kenapa saya berkata begitu? Sebab abah juga sudah pergi menghadap Ilahi.
Saya mempunyai dua orang abang dan seorang kakak. Arwah dan abang Zie iaitu abang pertama tempat kami menumpang kasih dan menganggap mereka adalah ketua keluarga. Mereka lah yang menghantar saya ke sekolah, tusyen dan kemana-mana saya hendak pergi sewaktu zaman persekolahan. Mereka juga tempat saya bertanya dan berbincang bersama keluarga jika mempunyai masalah.

Tetapi apa kan daya, Tahun 2010 ini mengulang lagi sejarah yang sama yang mana abang Zie iaitu abang pertama saya pergi kerahmatullah. Alangkan sedih dan tidak percaya arwah pergi untuk selama-lamanya. Dulu saya rasa kehilangan arwah abang Sal ibarat kehilangan sebelah kaki. Tetapi sekarang saya sudah kehilangan kedua-dua belah kaki. Arwah abang Zie telah kembali ke rahmatullah pada 20 Mei 2010.



Ya Allah, kuatkan semangatku dan keluarga untuk menempuhi dugaan Mu ini. Saya tahu Allah lebih sayangkan dia walaupun kami pun menyayanginya. Rindu teramat dekat arwah.
Bila pulang ke rumah, teringat kat arwah. Sebab banyak kenangan bersamanya. Kalau waktu makan, arwah suka tunggu dan nak makan bersama-sama, kalau menonton tv.. remote x kan lepas dari tangan nya.huhu.. Dan channel kegemarannya ialah astro ESPN. Kami selau berebut nak tengaok cita kegemaran masing-masing. tapi sekarang x de sape yg nak pegang remote tv. x de sape lg nak berebut dengan kami. Bila nak balik rumah dr maktab. bas akan sampai pada pukul 5 pagi di pasir puteh. Arwah pasti akan datang jemput saya di hentian bas tetapi sekarang Saya terpaksa tunggu subuh dan selepas naik teksi untuk pulang ke rumah. Kadang-kadang tumpang orang yang kenal. Sedihnya. Kenangan bersama arwah lagi ialah saya tidak lagi buat air teh lagi untuknya. arwah suka minum air teh. Kadang-kadang nak buat air mesti teringat dia. Arwah juga meninggalkan seorang isteri dan seorang anak iaitu Fakhrullah. Sekarang Fakhrullah lah menjadi penghibur hati ma ketika suka dan duka.

Apa-apa pun saya tidak akan lupa kenangan bersama mereka. Moga Allah mencucuri roh mereka.

p/s: kalaulah masa boleh diputar kembali...




Bismillahirohmanirahim..

Alhamdulillah,bersyukur akhirnya saya masih lagi diberi kesempatan dan kemudahan lagi dalam meluah n menceritakan isi hati di blog tersayang ini. Genap 10 bulan saya tidak menghiraukan blog kesayangan ini. Saya bukan sengaja tetapi kekangan masa dalam berpraktikum, exam dan assignment dan perkara lain membantas saya untuk membuka blog..

Actually, saya suka membaca blog dan menulis blog. (I luv write coz I’m only know to write.. :) Seingat-ingat saya tahun ni saya tidak pernah post apa2 lagi kat blog tersayang ini. Senang cakap x update langsung.huhu.. Rindunya dan suka sangat bila dapat kembali. Banyak perkara, peristiwa dan cerita yang saya rasa nak kongsi bersama-sama sepanjang tahun ini.

Sekarang dah masuk bulan 10 tahun 2010. Erm... kejapnya masa berlalu. Dalam tahun ini, banyak perkara yang tidak saya sangka berlaku. Ujian demi ujian diberikan setiap tahun.

Nabi SAW bersabda:"Sesungguhnya Allah memberikan dunia kepada siapa yang dicintai-Nya dan siapa yang tidak dicintai-Nya, tetapi Allah tidak memberikan iman kecuali kepada siapa yang dicintai-Nya."

Nabi SAW bersabda: " Apabila Allah mencintai seorang hamba, Dia mengujinya. Jika ia sangat mencintai-Nya, maka Allah mencubanya."

Allah berfirman yang bermaksud: "Nescaya Allah mencintai kamu dan mengampuni dosa-dosa kamu." (Ali-Imran:31)


Lihatlah bertapa Allah sayangkan hambanya. Saya redha dengan ketentuan ilahi ini. Setiap ujian yang Allah berikan pasti ada hikmah disebaliknya.

Terima kasih banyak-banyak kepada kawan-kawan yang masih follow blog saya ni walau sekian lama saya tidak updatenya. InsyaAllah, saya akan cuba untuk mengupdate blog saya ini dari semasa ke semasa.



p/s: kembali mengaktifkan diri... :)


Engkaulah HarapanKu