Alahmdulillah..

Bersyukur Allah berikan kekuatan kepada saya ini lagi untuk menulis di blog kesayangan ini.

Bila saje buka blog ini, hati saya akan sebak bila membaca cerita "Usah Keringkan Air Mata Mu" itu. Walaupun dah lama peristiwa tu berlalu tetapi ia memberi kesan yang sangat mendalam kepada saya. Ma, saya dan kakak mengambil masa yang lama untuk menerima kenyataan ini bahawa abang Sal kedua saya iaitu Wan Mohd Faisal sudah pergi ke rahmatullah.

Kehilangan arwah ibarat rasa kehilangan sebelah kaki untuk berjalan. Kenapa saya berkata begitu? Sebab abah juga sudah pergi menghadap Ilahi.
Saya mempunyai dua orang abang dan seorang kakak. Arwah dan abang Zie iaitu abang pertama tempat kami menumpang kasih dan menganggap mereka adalah ketua keluarga. Mereka lah yang menghantar saya ke sekolah, tusyen dan kemana-mana saya hendak pergi sewaktu zaman persekolahan. Mereka juga tempat saya bertanya dan berbincang bersama keluarga jika mempunyai masalah.

Tetapi apa kan daya, Tahun 2010 ini mengulang lagi sejarah yang sama yang mana abang Zie iaitu abang pertama saya pergi kerahmatullah. Alangkan sedih dan tidak percaya arwah pergi untuk selama-lamanya. Dulu saya rasa kehilangan arwah abang Sal ibarat kehilangan sebelah kaki. Tetapi sekarang saya sudah kehilangan kedua-dua belah kaki. Arwah abang Zie telah kembali ke rahmatullah pada 20 Mei 2010.



Ya Allah, kuatkan semangatku dan keluarga untuk menempuhi dugaan Mu ini. Saya tahu Allah lebih sayangkan dia walaupun kami pun menyayanginya. Rindu teramat dekat arwah.
Bila pulang ke rumah, teringat kat arwah. Sebab banyak kenangan bersamanya. Kalau waktu makan, arwah suka tunggu dan nak makan bersama-sama, kalau menonton tv.. remote x kan lepas dari tangan nya.huhu.. Dan channel kegemarannya ialah astro ESPN. Kami selau berebut nak tengaok cita kegemaran masing-masing. tapi sekarang x de sape yg nak pegang remote tv. x de sape lg nak berebut dengan kami. Bila nak balik rumah dr maktab. bas akan sampai pada pukul 5 pagi di pasir puteh. Arwah pasti akan datang jemput saya di hentian bas tetapi sekarang Saya terpaksa tunggu subuh dan selepas naik teksi untuk pulang ke rumah. Kadang-kadang tumpang orang yang kenal. Sedihnya. Kenangan bersama arwah lagi ialah saya tidak lagi buat air teh lagi untuknya. arwah suka minum air teh. Kadang-kadang nak buat air mesti teringat dia. Arwah juga meninggalkan seorang isteri dan seorang anak iaitu Fakhrullah. Sekarang Fakhrullah lah menjadi penghibur hati ma ketika suka dan duka.

Apa-apa pun saya tidak akan lupa kenangan bersama mereka. Moga Allah mencucuri roh mereka.

p/s: kalaulah masa boleh diputar kembali...


This entry was posted on 4:05 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments:

Engkaulah HarapanKu