Tahun 2012,
Bukan senang hamba ingin melupakan
tahun sebelum mu,
Tetapi hamba perlu melangkah ke tahunmu jua,
Untuk menjadi insan yang lebih baik dan terbaik,
Tapi hamba tidak akan melupakan kenangan yang
dilakar yang menjadi memori yang paling indah,

Tahun 2012,
Pada tahunmu jua hamba digelar seorang pendidik,
Dulu hamba dididik oleh insan bergelar guru,
Sekarang hamba pula yang perlu mendidik anak2
bangsa menjadi insan yang berguna suatu hari nanti.

Tahun 2012,
Dengan semangat dan harapan,
Hamba perlu bersiap sedia dari segi mental dan fizikal,
Bukan mudah untuk mengharungi seorang diri,
Hamba perlu tunjuk kebolehan diri,
Pasti arwah abah, arwah abg sal dan arwah
abg zie melihatku disana.

Tahun 2012,
Hamba ingin menjadi insan yang berjaya,
Hamba akan mendidik dengan pernuh keikhlasan
anak bangsa yang memerlukan ilmu dariku,
Hamba ingin menjadi anak yang solehah
kepada ibuku yang tercinta,
Hamba ingin menjadi hamba yang taat pada
agamaNya (Allah SWT).



Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi dapat lagi hamba menulis di blog kesayangan ini. Walaupun blog ini tidak lah seberapa dan tidak seperti blog2 yang lain tp hamba bersyukur kerana blog ini memeberi hamba ruang untuk mencoret sedikit sebanyak apa yang tersirat di dalam hati hamba.

Seperti biasa, tahun ini hamba menyambut hari raya secara sederhana sahaja bersama keluarga tercinta. x tahu macamana lagi hamba ingin gambarkan suasana sambutan hari raya hamba. Tahun 2011 ini makin berkurang ahli keluarga hamba. hamba hanya beraya bersama ma dan kakak sahaja. sedih sangat2.. huhu.. bayangkan tahun ini, hamba tidak dapat merasa ketupat dan tapai ma kerana ma bagitu teringat dekat arwah abang long dan abang ngah. apakan daya, masa tidak boleh di ulang lagi...

Lagi sedih, kami tidak membuat persiapan raya pun. Malam raya orang lain sibuk buat rendang, pasang langsir, main bunga api dengan sedara dan berkunjung ke rumah jiran-jiran tetapi tidak kami. Hamba, ma dan kakak hanya duduk menyepi di dalam rumah sambil mendengar alunan takbir raya. Waktu it, hamba tidak dapat menahan kesedihan. Kesedihan kerana teringat dekat arwah abg long dan abg ngah yang telah pergi ke rahmatullah.



Pada pagi raya, ma kejutkan hamba untuk siapkan diri ke masjid bagi menunaikan solat hari raya. Perasaan hamba sungguh sebak dan sunyi sebab tiada kedengaran suara anak saudara lagi di dalam rumah, suara abang long yang sentiasa menyuruh hamba menggosok bajunya di pagi raya. tiada gelak ketawa dan gurauan lagi.. Ya Allah kuatkan semangat hamba ini. Pagi itu ma hanya membuat meehun goreng untuk sarapan pagi. sesudah sarapan kami pun pegi menunaikan solat hari raya di masjid Ibrahim dekat kampung hamba.

Sesudah menunaikan solat hari raya, kami terus berkunjung ke tanah perkuburan. Semasa melangkah masuk ke kawasan perkuburan. Hati hamba pedih dan sedih sangat tetapi hamba menahan air mata dari mengalir keluar. Dari jauh hamba sudah dapat melihat 3 pasang batu nisan yang berhampiran menunggu kehadiran kami. Mula kami hamba, ma n kakak berkunjung ke kubur abah. Hamba tidak dapat menahan kesedihan. Air mata mula mengalir dipipi. Hamba mula membersihkan kubur abah dengan membuang daun2 kering yang ada berdekatan.



Kemudian hamba ke kubur abang long dan abang ngah yang hanya bersebelahan. Air mata makin laju dan tidak mahu berhenti. samabil menahan sebak sambil membersih kubur mereka. Hamba menghampar tikar untuk kami duduk membaca yasin dan mensedekahkan al-fatihah kepada mereka. Hamba melihat raut wajah ma. ma cukup sedih dengan kehilangan anak yang tercinta. Ma membaca yasin sambil menahan kesedihannya. Hamba tidak boleh melihat ma menitiskan air mata. Hamba lagi sebak dan rasa sedih melihat ma menangis. Bersabarlah ma... Ini semua ujian daripada Allah SWT, mungkin ada hikmah disebalik ujian ini...

Sesudah membaca yasin dan mensedekahkan al fatihah untuk abah, abg long dan abg ngah kami terus pulang ke rumah dengan hiba... Kadang2 hamba sentiasa berfikir mungkin ada keajaiban selepas ini..




Ya Allah kuatkan semangat hambamu ini untuk meneruskan perjuangan dalam mendidik anak-anak kecil di sekolah. Minggu ini saya di serang dengan selsema dan batuk. hilang suara, mata berair dan badan panas. nak ambil mc tp sayang nak tinggal pnp.

Batuk dan selsema ni mungkin disebabkan cuaca yang panas+hujan, kurang air masak dan tidur lambat. Bagi saya kalau praktikum tak demam memang tak sah. Setiap kali praktikum mesti demam.

Saya tahu ini adalah ujian dari Allah. Mungkin Allah nak tahu kesabaran dan ketabahan saya dalam menghadapinya. Alhamdulillah walaupun demam+batuk saya masih bersemangat lagi untuk ke sekolah.

Hari ini saya diobserve oleh pensyarah saya. Alhamdulillah waktu mengajar saya boleh bertahan kesakitan. Lepas observe saya terus ke tandas dan muntah. Mungkin sebab saya bertahan yang menyebabkan saya muntah. tekak pedih sangat. rasa macam nak nangis jer...tp hati kata kuatkan semangat wan....

Oklah hari rabu mengajar, nak sambung buat rph dulu.. nanti kalau ade aper2 citer nanti saya bgtau lagi...

p/s: Ingatkan sok nak pi klinik la..





♥♥.•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•.♥♥

♥♥ ...HIDUP ADALAH PILIHAN, MAKA PILIHLAH ... ." ♥♥
...
♥♥`*•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥


Hidup memang begitu banyak pilihan, dan kita harus memilih. Kebijaksanaan sungguh menentukan jalan apa yang seharusnya dipilih.


Kehidupan memang adalah pilihan, dan kita harus berani untuk memilih jalan yang kita inginkan. Namun ketika kita telah memutuskan sebuah pilihan hidup , tentunya bisa salah bisa benar tatkala kita harus memilih . Namun itulah resiko hidup yang harus kita lakukan.


Keraguan yang kita miliki justru kadang bisa membuat kesimpangsiuran jalan hidup. Singkirkanlah keragu-raguan itu, jangan biarkan menyelimuti seluruh hidup kita.


Saat memilih dan itu ternyata benar, anggaplah itu keberuntungan dan harus dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya sebagai jalan kehidupan yang harus dipegang dengan sungguh-sungguh. Jadikan sebagai pilihan hidup menuju hidup yang lebih baik . Bersyukur dan berterimakasih atas pilihan yang benar yang telah diputuskan dan sebagai nasib baik yang telah didapatkan. Bahwa itu adalah sebagai kehendak Tuhan atas hidup kita dijalan yang seharusnya ditempuh dan dilalui.


Namun ketika, kita anggap pilihan yang dipilih itu adalah jalan salah dan menyimpang dari yang seharusnya, tak perlu juga menyisakan waktu untuk menyesalinya dan menangisinya. Akan tetapi gunakanlah waktu yang ada untuk merubah kesalahan memilih itu diarahkan ke arah yang benar dengan memperbaiki sudut pandang dan cara hidup yang lebih baik dengan memetik pembelajaran atas kesalahan yang telah dilakukan dimasa lalu.


Jangan menjadikan kesalahan sebagai pembenaran bahwa kita adalah manusia yang tak lepas dari kesalahan. Karena dengan demikian , kesalahan akan berulang kembali dan menyebabkan kita tak bisa lepas dari kesalahan yang lebih dalam lagi. Pembenaran yang akan selalu menjadi senjata atas kesalahan yang telah dilakukan.

Selanjutnya akan berkubang dalam kesalahan yang membuat kita sulit untuk terlepas dan keluar dari kubangan kesalahan.


Hidup adalah sebuah pilihan,jalan yang benar atau salah, kita sendirilan yang akan mempertanggungjawabkan semuanya.

Kita harus ingat, bahwa Tuhan telah memberikan pada setiap dari diri kita sebuah pusaka dan radar kebenaran yang bernama Hati Nurani.


Bila setiap langkah kehidupan yang kita pilih, selalu menggunakan hati nurani sebagai patokan, maka tiada kesalahan yang akan terjadi. Karena hati nurani adalah juga sebagai tuntunan dari Ilahi menuju kepada kebenaran yang sejati.


Kinilah saatnya bagi kita sejenak untuk introspeksi diri akan pilihan hidup yang telah ditempuh.

Benar atau salah yang telah menjadi pilihan. Bila memang sudah benar, pertahankanlah sampai akhir hayat apapun yang terjadi. Namun bila ada kesalahan , janganlah ragu untuk berubah arah.


Semoga, apa yang telah kita pilih adalah jalan yang seharusnya kita lakoni menuju kesejatian diri.





assalamualaikum...

Rindu sangat2 kat blog warkahwan ni. Maaflah warkahwan, saya tidak sempat nak menjenguk kamu sepanjang dua bulan lebih ini disebabkan sibuk dengan praktikum.
Alhamdulillah. Malam ni saya tidak boleh tidur kerana teringin sangat nak tengok blog. rindu teramat sangat.huhuhu..

Sekarang saya sedang berpraktikum di sebuah sekolah di daerah sepang. ini adalah praktikum saya yang terakhir pada tahun ini. Moga saya mendapat kecemerlangan dalam praktikum ini. Walau jauh dari tempat belajar, kawan-kawan tetapi saya masih boleh meneruskan perjuangan saya sebagai guru di sekolah ini.

Sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah luar bandar. Walaupun saya hidup dalam suasana kampung tetapi alhamdulillah seronok berana di sini. Cuma ada sedikit masalah yang tidak dapat dielakkan. saya juga dapat belajar bahasa jawa kat kampung ni antaranya ialah "orak eneng-tidak ada" "batak-kedekut" "ketek- kera""tepak-bekas pensel".. dan banyak lagi.

Jarak sekolah ini dari tempat saya belajar ialam 70km. Jauh tidak bermakna saya tidak boleh menjadi guru yang baik. ini baru praktikum belum lagi posting ke mana-mana. Orang kata baik susah sekarang dan senang kemudian. ini adalah pengalaman yang saya tidak boleh lupa di sini.

Saya juga banyak terlibat dengan aktiviti sekolah seperti latihan nasyid,menjadi fasilitator kem bestari solat dankem motivasi tahun enam di plkn dan menyertai sambutan perarakan maulidur rasul. Alhamdulillah dengan aktiviti sebegini banyak mengajar saya dalam melaksanakan aktiviti seperti ini. Kalau ada masa nanti, saya akanupload kan gambar semasa aktiviti di sekolah.

P/s: kepada tetamu-tetamu yang melawat blog ini, terima kasih banyak-banyak. insyaallah saya kan cuba aktif kan blog dari semasa ke semasa.. :)



Alahmdulillah..

Bersyukur Allah berikan kekuatan kepada saya ini lagi untuk menulis di blog kesayangan ini.

Bila saje buka blog ini, hati saya akan sebak bila membaca cerita "Usah Keringkan Air Mata Mu" itu. Walaupun dah lama peristiwa tu berlalu tetapi ia memberi kesan yang sangat mendalam kepada saya. Ma, saya dan kakak mengambil masa yang lama untuk menerima kenyataan ini bahawa abang Sal kedua saya iaitu Wan Mohd Faisal sudah pergi ke rahmatullah.

Kehilangan arwah ibarat rasa kehilangan sebelah kaki untuk berjalan. Kenapa saya berkata begitu? Sebab abah juga sudah pergi menghadap Ilahi.
Saya mempunyai dua orang abang dan seorang kakak. Arwah dan abang Zie iaitu abang pertama tempat kami menumpang kasih dan menganggap mereka adalah ketua keluarga. Mereka lah yang menghantar saya ke sekolah, tusyen dan kemana-mana saya hendak pergi sewaktu zaman persekolahan. Mereka juga tempat saya bertanya dan berbincang bersama keluarga jika mempunyai masalah.

Tetapi apa kan daya, Tahun 2010 ini mengulang lagi sejarah yang sama yang mana abang Zie iaitu abang pertama saya pergi kerahmatullah. Alangkan sedih dan tidak percaya arwah pergi untuk selama-lamanya. Dulu saya rasa kehilangan arwah abang Sal ibarat kehilangan sebelah kaki. Tetapi sekarang saya sudah kehilangan kedua-dua belah kaki. Arwah abang Zie telah kembali ke rahmatullah pada 20 Mei 2010.



Ya Allah, kuatkan semangatku dan keluarga untuk menempuhi dugaan Mu ini. Saya tahu Allah lebih sayangkan dia walaupun kami pun menyayanginya. Rindu teramat dekat arwah.
Bila pulang ke rumah, teringat kat arwah. Sebab banyak kenangan bersamanya. Kalau waktu makan, arwah suka tunggu dan nak makan bersama-sama, kalau menonton tv.. remote x kan lepas dari tangan nya.huhu.. Dan channel kegemarannya ialah astro ESPN. Kami selau berebut nak tengaok cita kegemaran masing-masing. tapi sekarang x de sape yg nak pegang remote tv. x de sape lg nak berebut dengan kami. Bila nak balik rumah dr maktab. bas akan sampai pada pukul 5 pagi di pasir puteh. Arwah pasti akan datang jemput saya di hentian bas tetapi sekarang Saya terpaksa tunggu subuh dan selepas naik teksi untuk pulang ke rumah. Kadang-kadang tumpang orang yang kenal. Sedihnya. Kenangan bersama arwah lagi ialah saya tidak lagi buat air teh lagi untuknya. arwah suka minum air teh. Kadang-kadang nak buat air mesti teringat dia. Arwah juga meninggalkan seorang isteri dan seorang anak iaitu Fakhrullah. Sekarang Fakhrullah lah menjadi penghibur hati ma ketika suka dan duka.

Apa-apa pun saya tidak akan lupa kenangan bersama mereka. Moga Allah mencucuri roh mereka.

p/s: kalaulah masa boleh diputar kembali...




Bismillahirohmanirahim..

Alhamdulillah,bersyukur akhirnya saya masih lagi diberi kesempatan dan kemudahan lagi dalam meluah n menceritakan isi hati di blog tersayang ini. Genap 10 bulan saya tidak menghiraukan blog kesayangan ini. Saya bukan sengaja tetapi kekangan masa dalam berpraktikum, exam dan assignment dan perkara lain membantas saya untuk membuka blog..

Actually, saya suka membaca blog dan menulis blog. (I luv write coz I’m only know to write.. :) Seingat-ingat saya tahun ni saya tidak pernah post apa2 lagi kat blog tersayang ini. Senang cakap x update langsung.huhu.. Rindunya dan suka sangat bila dapat kembali. Banyak perkara, peristiwa dan cerita yang saya rasa nak kongsi bersama-sama sepanjang tahun ini.

Sekarang dah masuk bulan 10 tahun 2010. Erm... kejapnya masa berlalu. Dalam tahun ini, banyak perkara yang tidak saya sangka berlaku. Ujian demi ujian diberikan setiap tahun.

Nabi SAW bersabda:"Sesungguhnya Allah memberikan dunia kepada siapa yang dicintai-Nya dan siapa yang tidak dicintai-Nya, tetapi Allah tidak memberikan iman kecuali kepada siapa yang dicintai-Nya."

Nabi SAW bersabda: " Apabila Allah mencintai seorang hamba, Dia mengujinya. Jika ia sangat mencintai-Nya, maka Allah mencubanya."

Allah berfirman yang bermaksud: "Nescaya Allah mencintai kamu dan mengampuni dosa-dosa kamu." (Ali-Imran:31)


Lihatlah bertapa Allah sayangkan hambanya. Saya redha dengan ketentuan ilahi ini. Setiap ujian yang Allah berikan pasti ada hikmah disebaliknya.

Terima kasih banyak-banyak kepada kawan-kawan yang masih follow blog saya ni walau sekian lama saya tidak updatenya. InsyaAllah, saya akan cuba untuk mengupdate blog saya ini dari semasa ke semasa.



p/s: kembali mengaktifkan diri... :)


Engkaulah HarapanKu