assalamualaikum...

Rindu sangat2 kat blog warkahwan ni. Maaflah warkahwan, saya tidak sempat nak menjenguk kamu sepanjang dua bulan lebih ini disebabkan sibuk dengan praktikum.
Alhamdulillah. Malam ni saya tidak boleh tidur kerana teringin sangat nak tengok blog. rindu teramat sangat.huhuhu..

Sekarang saya sedang berpraktikum di sebuah sekolah di daerah sepang. ini adalah praktikum saya yang terakhir pada tahun ini. Moga saya mendapat kecemerlangan dalam praktikum ini. Walau jauh dari tempat belajar, kawan-kawan tetapi saya masih boleh meneruskan perjuangan saya sebagai guru di sekolah ini.

Sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah luar bandar. Walaupun saya hidup dalam suasana kampung tetapi alhamdulillah seronok berana di sini. Cuma ada sedikit masalah yang tidak dapat dielakkan. saya juga dapat belajar bahasa jawa kat kampung ni antaranya ialah "orak eneng-tidak ada" "batak-kedekut" "ketek- kera""tepak-bekas pensel".. dan banyak lagi.

Jarak sekolah ini dari tempat saya belajar ialam 70km. Jauh tidak bermakna saya tidak boleh menjadi guru yang baik. ini baru praktikum belum lagi posting ke mana-mana. Orang kata baik susah sekarang dan senang kemudian. ini adalah pengalaman yang saya tidak boleh lupa di sini.

Saya juga banyak terlibat dengan aktiviti sekolah seperti latihan nasyid,menjadi fasilitator kem bestari solat dankem motivasi tahun enam di plkn dan menyertai sambutan perarakan maulidur rasul. Alhamdulillah dengan aktiviti sebegini banyak mengajar saya dalam melaksanakan aktiviti seperti ini. Kalau ada masa nanti, saya akanupload kan gambar semasa aktiviti di sekolah.

P/s: kepada tetamu-tetamu yang melawat blog ini, terima kasih banyak-banyak. insyaallah saya kan cuba aktif kan blog dari semasa ke semasa.. :)


This entry was posted on 8:32 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments:

Engkaulah HarapanKu