"Kek Gulung Strawberi"


Ma memang suka buat kek ini. Kenapa ma suka buat kek ini sebab sedap dan bahan2nya sangat mudah didapati. Selamat Mencuba...
Bahan-bahan

6 biji telur gred A @ B
1 cawan gula castor
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
3oz tepung gandum
1 sudu besar susu tepung
4oz mentega cair
Sedikit coklat
Jem strawberri secukupnya


Cara Membuatnya

1. Telur, gula, baking powder, esen vanilla, tepung gandum dan susu tepung dipukul dengan kelajuan maksima sehingga gebu (5-7minit)

2. Masukkan mentega cair, kemudian kacau rata.

3. Asingkan sebahagian daripada adunan tadi (lebih kurang 1 1/4 cwn) ke dalam bekas lain, kemudian masukkan coklat. Kacau rata kemudian masukkan adunan coklat ini ke dalam piping bag.

4. Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang kemudian ratakan permukaannya.

5. Paipkan adunan coklat tadi di atas adunan yang diratakan dalam loyang.

6. Lorekkan/corakkan dengan menggunakan lidi dari atas ke bawah.

7. Bakar dalam oven selama 20minit dengan suhu 170darjah celcius.

8. Apabila kek sudah masak terbalikkan ke atas sekiping kertas kemudian sapukan jem sehingga rata.

9. Setelah jem disapu rata, gulung kek tadi perlahan2 sehingga kemas. Siap dan boleh dihidang..



Semasa cuti sekolah, ma mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang baju kurung yg baru. Saya stidak pernah menolak permintaaan ma kerana saya tahu waktu kecil dahulu ma tidak pernah menolak permintaan saya.Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ma saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di wajah ma. Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, masaya mencuba satu baju kurung yang cantik . Dan kerana ketidaksabaran saya, maka untuk kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ma saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ma mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya, seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk membantu ma mengenakan pakaiannya. Pakaian ini begitu indah, dan ma membelinya. Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat dilupakan dari ingatan .. Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ma saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya, sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya. Kemudian pada malam harinya saya pergi ke kamar ma saya mengambil tangannya, lantas menciumnya ... dan yang membuatnya terkejut, saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berrharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu. Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan ma...

p/s: Ma, janganlah bersedih lagi. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya.



Alhamdulillah, akhirnya dapat gak aku wat blog ni. Dah lama teringin nak ada blog sendiri macam kawan-kawan. Aku rasa menulis blog ni banyak faedahnya. Pertama dapat kongsi maklumat dan artikel-artikel dengan sape yang baca blog ni. kedua, dapat puaskan hati. Yelaa, bila kita menulis blog ni tentang apa yang nak kite crite , timbul satu kepuasan hati dalam diri. Kadang-kadang semua perasaan dilepaskan dalam penulisan blog sendiri.
First, aku nak cite pasal "usrati"ku. Keluarga aku memamg rapat antara satu sama lain dan sentiasa ceria n bahagia. Saya mempunyai ibu, seorang kakak dan dua orang abang. Kalau boleh kebahagiaan ni nak sentiasa ada hingga hujung hayat tetapi apakan daya Allah SWT lebih sayangkan abg Sal lagi. Keluargaku tidak dapat terima kehilangan orang tersayang dalam keluarga. Abang Sal adalah abang paling rapat dengan aku. Kalau ada apa masalah, dia mesti bagitau aku. Kami banyak kongsi masalah sama-sama dan banyak kenangan bersamanya. Abg Sal pergi pada 31 Oktober 2008, waktu asar dan ari jumaat.
Saya dapat panggilan telefon dari kakak. Mula-mula kakak hanya bagitahu abg Sal hanya pengsan kerana tidak mahu saya terkejut. Tetapi Kakak terpaksa cakap disebalik tu yang abang sudah tiada. Pada masa itu, saya tidak tahu nak buat apa hanya menangis dan mahu pulang melihat jenazah abang Sal.
Terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak membantu saya pada masa itu. Akhirnya, pada kul 9.30 malam saya naik kapalterbang untuk balik ke negeri saya. Sampai di airport, kwn abg Zie telah menjemput saya disana dan terus bawa ke perkuburan islam. Saya begitu terkejut sebab ramai orang diperkuburan itu. Mereka hanya menunggu saya sahaja sebelum mengkebumikan jenazah abg Sal. Saya dapat melihat dan mencium dahi abg Sal sebelum dikebumikan. Sungguh Syahdu n sedih pada masa itu.
Rasa tidak percaya pun ada yang saya kehilangan abang tersayang. Abang Sal telah meninggalkan 3 zuriat iaitu wan aina qistina, wan auni iezati dan anak bakal lahir tidak lama lagi.Sekarang, aku redha dengan ketentuan Ilahi. Setiap yang hidup akan kembali kepada Penciptanya..


Engkaulah HarapanKu