"Kek Gulung Strawberi"


Ma memang suka buat kek ini. Kenapa ma suka buat kek ini sebab sedap dan bahan2nya sangat mudah didapati. Selamat Mencuba...
Bahan-bahan

6 biji telur gred A @ B
1 cawan gula castor
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
3oz tepung gandum
1 sudu besar susu tepung
4oz mentega cair
Sedikit coklat
Jem strawberri secukupnya


Cara Membuatnya

1. Telur, gula, baking powder, esen vanilla, tepung gandum dan susu tepung dipukul dengan kelajuan maksima sehingga gebu (5-7minit)

2. Masukkan mentega cair, kemudian kacau rata.

3. Asingkan sebahagian daripada adunan tadi (lebih kurang 1 1/4 cwn) ke dalam bekas lain, kemudian masukkan coklat. Kacau rata kemudian masukkan adunan coklat ini ke dalam piping bag.

4. Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang kemudian ratakan permukaannya.

5. Paipkan adunan coklat tadi di atas adunan yang diratakan dalam loyang.

6. Lorekkan/corakkan dengan menggunakan lidi dari atas ke bawah.

7. Bakar dalam oven selama 20minit dengan suhu 170darjah celcius.

8. Apabila kek sudah masak terbalikkan ke atas sekiping kertas kemudian sapukan jem sehingga rata.

9. Setelah jem disapu rata, gulung kek tadi perlahan2 sehingga kemas. Siap dan boleh dihidang..


This entry was posted on 2:30 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments:

Engkaulah HarapanKu