Alhamdulillah, akhirnya dapat gak aku wat blog ni. Dah lama teringin nak ada blog sendiri macam kawan-kawan. Aku rasa menulis blog ni banyak faedahnya. Pertama dapat kongsi maklumat dan artikel-artikel dengan sape yang baca blog ni. kedua, dapat puaskan hati. Yelaa, bila kita menulis blog ni tentang apa yang nak kite crite , timbul satu kepuasan hati dalam diri. Kadang-kadang semua perasaan dilepaskan dalam penulisan blog sendiri.
First, aku nak cite pasal "usrati"ku. Keluarga aku memamg rapat antara satu sama lain dan sentiasa ceria n bahagia. Saya mempunyai ibu, seorang kakak dan dua orang abang. Kalau boleh kebahagiaan ni nak sentiasa ada hingga hujung hayat tetapi apakan daya Allah SWT lebih sayangkan abg Sal lagi. Keluargaku tidak dapat terima kehilangan orang tersayang dalam keluarga. Abang Sal adalah abang paling rapat dengan aku. Kalau ada apa masalah, dia mesti bagitau aku. Kami banyak kongsi masalah sama-sama dan banyak kenangan bersamanya. Abg Sal pergi pada 31 Oktober 2008, waktu asar dan ari jumaat.
Saya dapat panggilan telefon dari kakak. Mula-mula kakak hanya bagitahu abg Sal hanya pengsan kerana tidak mahu saya terkejut. Tetapi Kakak terpaksa cakap disebalik tu yang abang sudah tiada. Pada masa itu, saya tidak tahu nak buat apa hanya menangis dan mahu pulang melihat jenazah abang Sal.
Terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak membantu saya pada masa itu. Akhirnya, pada kul 9.30 malam saya naik kapalterbang untuk balik ke negeri saya. Sampai di airport, kwn abg Zie telah menjemput saya disana dan terus bawa ke perkuburan islam. Saya begitu terkejut sebab ramai orang diperkuburan itu. Mereka hanya menunggu saya sahaja sebelum mengkebumikan jenazah abg Sal. Saya dapat melihat dan mencium dahi abg Sal sebelum dikebumikan. Sungguh Syahdu n sedih pada masa itu.
Rasa tidak percaya pun ada yang saya kehilangan abang tersayang. Abang Sal telah meninggalkan 3 zuriat iaitu wan aina qistina, wan auni iezati dan anak bakal lahir tidak lama lagi.Sekarang, aku redha dengan ketentuan Ilahi. Setiap yang hidup akan kembali kepada Penciptanya..
0 comments: