Sememangnya menjadi kelaziman dan kebiasaan saya untuk senyum pada sesiapa sahaja yang saya kenali atau tidak. Malahan ada yang bertanya ‘mengapa saya suka senyum hatta dalam YM mahupun SMS. Maka, saya harus menjawab ‘Mengapa saya tidak menjadi amalan senyum sebagai kebiasaan, sedangkan jiwa yang tenang boleh terpancar dengan senyuman’. Bahkan orang yang bermagnet dan berkarisma juga punya kuasa senyum yang hebat. Tapi jangan pula kekal berterusan dengan senyum apalagi jika berseorangan, dibimbangi disangka sebagai orang yang kurang ’sihat’ pula. Ini jadi kes lain pula.

Berkata Muhammad Qutb “Senyum itu akan terasa berat dilakukan bagi jiwa yang belum dibiasakan dengan kebaikan”.

Wahai pemuda pemudi, senyumlah.
Wahai duat, senyumlah.
Wahai muslimin, maniskan wajahmu dengan senyuman.
Senyum

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...


p/s: senyum itu sedekah



Dari mana nak mula ni? Apa yang aku tengok sekarang orang lebih pandai menilai seseorang dari segi luaran sahaja dan orang yang betul2 baik mudah dipijak dan dipandang serong oleh orang lain. kenape boleh jadi macam tu yer kawan2?

Tiada perkataan lain dah kecuali "Hipokrit". Aku paling tidak suka dengan perkataan ini. Perkataan ini pun dah melambangkan sikap seseorang itu. Kita boleh hipokrit kepada orang lain atau diri sendiri tetapi kita tidak boleh hipokrit kepada Allah SWT kerana DIA maha mengetahui segala perbuatan2 kita walau dimana berada.

Ini sedikit sebanyak makna "HYPOCRITE" yang di cari:

1. A person who pretends to have virtues, moral or religious beliefs, principles, etc., that he or she does not actually possess, esp. a person whose actions belie stated beliefs.

2. A person who feigns some desirable or publicly approved attitude, esp. one whose private life, opinions, or statements belie his or her public statements.

Kita hidup ini dalam bermasyarakat. kalau di sekolah kawan2 itu macam adik-beradik jer. kalau ada salah & silap saling nasihat-menasihati , tegur menegur dan jaga menjaga antara satu sama lain. Di dunia ini tiada manusia yang perfect tetapi kita boleh memperbaiki sedikit demi sedikit untuk menjadi lebih baik.

Kadang2 orang disangkakan baik, adalah orang yang selalu membuli dan mengata dr belakang? Apa nak jadi orang sekarang? Ingatlah ingin menilai seseorang itu bukan sekali pandang atau sekali berbicara dan terus mengatakan ia adalah seorang yang baik tetapi risik ia dengan baik daripada kawan2 terdekatnya. InsyaAllah, kita akan mendapat kawan yang betul2 baik. (syukur alhamdulillah)

Ma aku selalu berpesan selalulah memilih kawan dan jangan mudah menyanka orang dengan keburukan kerana kita tidak tahu kebenarannya. So, beringatlah kawan2 juga untuk diriku sendiri. Bukan mudah untuk cari teman yang bersama kita masa susah & senang.

Di dalam masyarakat, senario atau gejala sifat munafik ini semakin berkembang dan menular, bukan saja di kalangan mereka yang tidak berpendidikan agama malah di kalangan mereka yang mempunyai latar belakang pendidikan agama juga. (fikir2kan lah)

Jadi,berilah peluang kepadanya untuk membersihkan dirinya dulu daripada ciri-ciri munafik seperti berkata bohong, mungkir janji, tidak amanah dan melampau dalam perseteruan. Seharusnya kita berganding bahu mencari jalan secara psikologi dan hikmah untuk menghapuskan sifat dan sikap hipokrit ini.

p/s: Nasihat ini untuk diriku juga. Moga aku juga dapat memperbaiki diri ini
seadanya.



Alhamdulillah.. walaupun sekarang musim cuti tetapi aku still lg dapat menambahkan ilmu pengetahuan aku di rumah. Tak semestinya di tempat kita belajar jer, di mana-mana kita boleh cari ilmu.

Haa..sekarang, aku nak kongsi dengan kawan2 macam nak bagi masakan kita lebih sedap. maklumlah sekarang cuti, duk rumah leh la belajar sedikit sebanyak belajar memasak dengan ibu.

Ibu cakap nak bagi masakan lebih sedap, ikut adab2 seperti di bawah ni:
InsyaAllah, masakan yang terlebih garam atau terkurang garam akan menjadi sedap.

Adabnya ialah:

Doa Masuk dapur

1. Rabba atina min ladun karahmah wahayaklana miamrina rasya

Doa Waktu Sukat Beras
2.Alhamdulillah hilazi Atamana miljuk

Doa buka periuk
3.Allahuma bariklana fihi qairi minhu

Zikir Waktu Masak (kacau ikut lawan jam)
4. Laisalaha min dunillahi kasyifah..

Doa Potong Sayur dan Buah

5.Fazabahuha wamakadu yaf alun

Doa Letak Periuk/Kuali atas dapur

6. Fasayakfikahumullahu wahuwassami ul alim

Doa Simpan beras
7.Watar zuquman tasya u biqairi hisab

Doa Untuk Sedapkan makanan..

8.Selawat Nabi 3 x dan Istiqfar 3 x..
Dakwahkan...Saya tidak boleh bagi sedap makanan...yang bagi sedap makanan HANYA ALLAH..

9 lastly Tutup kepala



"Nabi SAW pernah berpesan pada istrinya...Kalau masak lebihkan kuah....untuk diberi pada jiran-jiran."

p/s: Cemburunya dengan masakan ibu..huhu. ape lg kawan2. Jom kita sama2 mencuba n mengamal..:)



Alhamdulillah. syukur ke hadrat Illahi, kerana aku berpeluang lagi untuk duduk bersama-sama untuk berkongsi cerita, nasihat dan pandangan bersama-sama kawan2 yang baca blog ni.

Sekarang cuti sem sudah bermula, aku mula merancang jadual yang perlu aku penuhi pada cuti sem ini. Niat untuk bekerja pada cuti ini terbatal kerana aku fikir selama ini aku tinggalkan ibu keseorangan untuk pergi belajar, apa salahnya kalau cuti ini aku luangkan masa untuk dia. Bila2 sahaja boleh cari duit tetapi kebahagiaan bersama ibu sukar di cari.Menyesal kemudian tiada gunanya..

Di rumah, aku banyak menghabiskan masa bersama dengan anak saudaraku "Fakhrullah". Dialah pengubat suka duka & rindu ibu semasa ketiadaan aku.Umurnya baru mencecah 1 tahun. Walaupun, aku mempunyai 3 orang lagi anak saudara tetapi kami jarang bertemu kerana jarak yang berjauhan. Aku selalu mendoakan mereka, supaya sentiasa sihat dan tidak lupakan kami sekeluarga disini.

Bagitu aku raya tahun ini tidak semeriah tahun lepas kerana kehilangan abang tersayang masih lagi terasa. Rasa baru sahaja arwah meninggalkan kami sekeluarga. Allah lebih sayangkan arwah lg dan mesti ada hikmah disebalik ni. Cuma kami sekeluarga kena banyak berdoa dan memohon kepada Allah SWT.


Di rumah aku banyak belajar memasak dengan ibu. Antar menu yang diajar oleh ibu ialah kerabu jantung pisang,Polly ubi, tepung manis dan macam2 lg. Sekarang kat Qlate musim hujan jadi stok ubi memang laku di kedai sehingga ada yang sanggup jual ubi kayu sampai mencecah rm 15 sekilo. huhu.. nasib baik laa ibu ni ade tanam ubi kayu. kami x payah beli ubi kayu lagi.

Pada musim hujan ni, semua ubi orang makan seperti ubi, stelo, ibu badak, ubi iitik, ubu keling dan macam2 jenis ubi lg laa. Ubi kentang? ubi kentang pun sama kalau diletak dalam sup..sedapnYa.huhu. Ade orang suaka wat pengat ubi (serawa ubi), polly, tepung manis dan macam2 lg. tetapi ade juga yang suka makan dengan merebus sahaja ubi tu. pastu makan dengan nyor (kelapa). Wah...sedapnya makan time panas2.


Buat kawan-kawan semua, Selamat Hari Raya AidilAdha. Bukalah jiwa dan minda seluas-luasnya.



Salam.

Jeng, jeng, jeng... wah akhirnya rinduku terubat untuk membuka blog aku ni.

lamaNya tak mengisi masa lapang kat sini. Dah lama aku menanti-nantikan saat untuk

mengupdatekan blog aku ni.


Actually, aku banyak keje yang perlu aku selesaikan. Assingment tu mmg perkara

wajib yang perlu disiapkan. Ditambah lagi dengan perkara2 lain. Ya Allah, berikan

kekuatan dan semangat kepadaku...

Pertama sekali aku nak minta maaf kepada kawan-kawan sbb mesti korang bosan tengok

blog ni x diupdate selalu.Aku minta maaf sgt2.

Kedua, aku nak mengucapkan time kasih banyak kat roomate aku. Die banyak bagi support

dan banyak ajar aku tentang blog ni. aku juga nak mintak sorry gak kat roomate aku,

yelaa sekarang aku jarang ade kat bilik sbb ade keje yang tidak boleh aku escape.

Hope, lepas raya x de dah program dan aku boleh ENJOY dgn roomate ku.

Ketiga, bulan Ramadhan dah bermula. Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkn selamat

berposa dan mohon maaf jika terdapat salah dan silap. (0-0) Biarlah ramadhan kali ini

adalah ramadhan paling baik dari yang lepas. Banyakkan Berdoa, solat terawih dan

bertadarus.

p/s: kita yang dalam kegembiraan, jangan lupa pada yang dlm kesedihan dan

kesusahan.

orang berbudi, kita berbahasa



Sejak kecil lagi ma ajar aku berdoa selepas solat.Doa semata-mata doa, payah diterima oleh Allah swt.

Kawan2, cuba fikir knape blh jadi camtu?

emmmm....

DOA BAGAIKAN TIDAK BERSAMBUT…
RINTIHAN DAN MUNAJAT BAGAI TIDAK KESAMPAIAN.

KERANA DIA MASIH MAHU TERUS MENDENGAR RAYUAN DAN RINTIHANMU.

TAPI SAMPAI BILA?

SAMPAI ENGKAU TERIMA, BAHAWA APA YANG DIINGINKAN OLEH TUHAN ITULAH YANG TERBAIK UNTUKMU…

TAPI BUKANKAH AKU LAYAK UNTUK BERDOA, DAN BUKANKAH TUHAN SUKA HAMBA-HAMBANYA BERDOA?

YA, TAPI BERDOA DENGAN HATI YANG MERENDAH, YANG TAHU DIRI MAHA HINA DAN LEMAH.
KERANA YANG KUAT, YANG MAMPU HANYA DIA. MAKA PADANYA KITA MEMINTA… BUKAN DOA SEORANG TUAN. IBARAT SEORANG PESURUH ISTANA, TANPA ADAB SOPAN, MENERJAH KE RUANG ISTANA, MEMINTA-MINTA PADA SULTAN, MUNGKINKAH AKAN DIPERKENAN?

TAPI AKU AMAT MEMERLUKAN, KERANA ITU AKU MEMINTA-MINTA DAN MERAYU-RAYU…

BERDOALAH, MERAYU-RAYULAH TERUS, MERINTIH DAN ADUKANLAH SEGALANYA YANG MENJADI KESULITAN HIDUPMU PADA DIA YANG MAHA MENDENGAR LAGI MAHA TAHU. JADILAH SEPERTI PESAKIT YANG MENDEDAHKAN SEGALA DERITA DAN PENYAKITNYA KEPADA DOKTOR. URUSAN UBAT, BUKAN PESAKIT YANG MENENTUKAN, TETAPI DOKTOR.

JADI?

YANG KITA rasa PERLU UNTUK KITA, BELUM TENTU ITU YANG TUHAN MAHU UNTUK KITA. BOLEH JADI, APA YANG KITA TIDAK SUKAI ITULAH YANG TERBAIK BUAT KITA. DAN BOLEH JADI PULA, APA YANG KITA SUKAI ITULAH YANG TIDAK BAIK BAGI KITA. SESUNGGUHNYA ALLAH ITU MAHA MENGETAHUI LAGI MAHA PENGASIH, SEDANGKAN KITA MAHA LEMAH LAGI JAHIL. TERIMALAH KETENTUAN TUHAN ITU SEBAGAI SAHUTAN DARI MUNAJAT DAN DOAMU…



1 . Bulu kening
Menurut Bukhari " Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur
( menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening) " Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari

2 . Kaki ( tumit kaki )
" Dan janganlah mereka ( perempuan ) membentakkan kaki
( atau mengangkatnya ) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan " An-Nur : 31

a ) menampakkan kaki
b ) menghayungkan/melenggokkan badan mengikut hentakkan kaki

3 . Wangian
" Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya ,
maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina " Riwayat Nasaii , Ibn Khuzaimah dan Hibban

4 . Dada
" Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka " An-Nur : 31

5 . Gigi
" Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya " Riwayat At-Thabrani

" Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik , yang merubah ciptaan Allah " Riwayat Bukhari dan Muslim

6 . Muka dan leher
" Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu "
a ) bersolek ( make-up )
b ) menurut Maqatil : Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah

7 . Muka dan Tangan
" Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis . Sabda Rasullulah :
Wahai Asma ! Sesungguhnya seorang gadis yang
telah berhaidh tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali : pergelangan tangan dan wajah saja "
Riwayat Muslim dan Bukhari

8 . Tangan
" Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya " Riwayat At Tabrani dan Baihaqi

9 . Mata
" Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya " An Nur : 31

" Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya . Kamu hanya boleh pada pandangan yang pertama ,
ada pun pandangan seterusnya tidak dibenarkan "
Riwayat Ahmad , Abu Daud dan Tirmidzi

10 . Mulut ( suara )
" Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara
sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya , tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik " Al Ahzab : 32

" Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain , iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan , maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi ..Riwayat Ibn Majah

11 . Kemaluan
" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin , hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (jangan berzina ) " An Nur : 31

" Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu ,
puasa di bulan Ramadhan , menjaga kemaluannya (tidak berzina)
dan menta'hati suaminya , maka masuklah ia kedalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya "
Riwayat Al Bazzar

" Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan dirumah suaminya , melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah "
Riwayat Tirmidzi , Abu Daud dan Ibn Majah

12 . Pakaian
" Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan ,
maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan dihari akhirat nanti "
Riwayat Ahmad , Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah

" Sesungguhnya sebilangan ahli neraka iailah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat . Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya "
Riwayat Bukhari dan Muslim

a ) Berpakaian tipis / jarang
b ) Berpakaian ketat / membentuk
c ) Berpakaian berbelah / membuka bahagian-bahagian tertentu

" Hai nabi-nabi katakanalah kepada isteri-isterimu ,
anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin,
hendaklah mereka memakai baju jilbab
( baju labuh dan loggar ) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu .
Allah maha pengampun lagi maha penyayang " Al Ahzab : 59

13 . Rambut
" Wahai anakku Fatimah ! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya "
Riwayat Bukhari dan Muslim

14 . " Bagi wanita-wanita yang memelihara dirinya dan menta'hati suaminya, segala makhluk , burung yang terbang , ikan dilaut , malaikat dilangit matahari dan bulan dan lain-lain memohon keampunan Allah untuknya "


Engkaulah HarapanKu