Sememangnya menjadi kelaziman dan kebiasaan saya untuk senyum pada sesiapa sahaja yang saya kenali atau tidak. Malahan ada yang bertanya ‘mengapa saya suka senyum hatta dalam YM mahupun SMS. Maka, saya harus menjawab ‘Mengapa saya tidak menjadi amalan senyum sebagai kebiasaan, sedangkan jiwa yang tenang boleh terpancar dengan senyuman’. Bahkan orang yang bermagnet dan berkarisma juga punya kuasa senyum yang hebat. Tapi jangan pula kekal berterusan dengan senyum apalagi jika berseorangan, dibimbangi disangka sebagai orang yang kurang ’sihat’ pula. Ini jadi kes lain pula.

Berkata Muhammad Qutb “Senyum itu akan terasa berat dilakukan bagi jiwa yang belum dibiasakan dengan kebaikan”.

Wahai pemuda pemudi, senyumlah.
Wahai duat, senyumlah.
Wahai muslimin, maniskan wajahmu dengan senyuman.
Senyum

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...


p/s: senyum itu sedekah


This entry was posted on 12:18 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments:

Engkaulah HarapanKu