Awalluddin ma'rifatuLLah... Permulaan agama itu adalah mengenal ALlah.. Kenalkan anak-anak kita dengan lagu sebegini. Lentur jiwanya yang masih rebung dengan lagu-lagu yang mengenal Allah.

Sebagai guru prasekolah,Saya ingin anak-anak didik saya mengenal penciptanya dan menyeimbangkan kemahairan-kemahiran lain dengan seimbang. Saya tidak mahu melihat mereka berjaya di dunia sahaja tetapi mahu melihat mereka berjaya di akhirat. Kanak-kanak yang baru ingin mengenal apa erti dunia ini sememangnya menjadi tanggungjawab saya sebagai guru yang paling hampir dengan mereka.

Kanak-kanak sekarang petah bercakap dalam bahasa English..tapi, dalam kotak fikiran saya bermain-main..macammana dgn semangat cintakan Islam kanak-kanak sekarang? Permulaan dalam agama apa yang mereka kenal dulu? Lantas timbul rasa kasihan dalam hati saya kepada kanak-kanak yang masih kecil. Biar hatinya terdidik dengan mengenal Allah dan Rasulnya..kenal akan tanggungjawab sebagai seorang Muslim.

Saya mula berfikir dan terus berfikir. Bagaimana saya ingin menarik minat anak-anak didik saya dalam mendekatkan diri mereka dengan pencipta Allah SWT. Saya terus berfikir dan berfikir akhirnya saya mendapat jalan menyelesaian. Bagaimana? Setiap komponen atau matapelajaran prasekolah saya boleh menyelitkan sedikit sebnayak tentang Islam. Selain itu setiap contoh yang diberikan mesti berkaitan dengan asas2 mengenal pencipta.

Mudah-mudahan berkat usaha kita mengharapkan yang terbaik untuk agama, dunia dan akhirat anak kita.Allah pasti mengabulkan permintaan dan lintasan hati kita yang ikhlas keranaNya.Sama-sama kita mendidik anak-anak kita menjadi anak-anak yang cemerlang..bukan sahaja di dunia.malah di akhirat kerana yang utama dan lebih utama adalah pandangan ALLAH. InsyaALLah.

Jangan lupa untuk sentiasa lurus niat mengingati Allah dalam setiap yang kita lakukan...kerana kita hidup hanya untuk Allah. Mudah-mudahan segala dugaan dapat kita harungi dengan penuh redha,sabar dan bersyukur.Syukur AlhamduLillah I'm a Muslim and We are a Muslim...So, don't forget to say Bismillah in everything we do.

p/s: kepada sesiapa yang ingin menjadi anak muridku, boleh register dahulu..hehe. :)


This entry was posted on 2:12 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

3 comments:

    Me said...

    nak register boleh??^^

  1. ... on December 12, 2009 at 5:11 AM  
  2. sujah said...

    kalau umo setarf cikgu tidak digalakkan..hehe

  3. ... on December 12, 2009 at 5:44 AM  
  4. Me said...

    ooo...ye ke..
    bru je plan nk blajo ngan cikgu pra..hehe

  5. ... on December 13, 2009 at 3:33 AM  

Engkaulah HarapanKu