Alhamdulillah, saya masih lagi berpeluang untuk mencoret rasa hati di blog yang x seberapa ini.Hari ini saya x tahu ingin menungkapkan rasa hati ini kerana perasaan gembira + sedih bercampur dan bermain-main dalam hati ini.

Hanya Allah sahaja yang tahu ..hampir setahun saya tidak berjumpa dengan anak-anak saudara. (Aina 4thn, Auni 2thn & Firdaus 6bln). Sejak abang meninggal, saya tidak berpeluang untuk berjumpa dengan mereka. Bila saya datang untuk melihat mereka,mereka tiada di rumah. Perasaan sedaih kembali menhantui diri ini.

Terpancar wajah kesedihan ibu. Rindu kepada cucu-cucunnya tidak terhan lagi. Setiap malam mimpikan cucu-cucunya. kasih sayang seorang nenek kepada cucunya tidak pernah pudar.Walaupun abang sudah pergi untuk selama-lamanya.



Sebelum saya pulang untuk meneruskan pengajian di maktab, saya pun teringin juga untuk berjumpa dengan anak-anak saudaraku. Ibu begitu gembira kerana saya ingin membawanya untuk berjumpa dengan cucu-cucunya. Ibu telah membelikan pakaian, mainan kepada cucu-cucunya. Hati saya mula tersentuh dan terasa sebak..

Saya pergi kerumah anak saudara bersama-sama kakak, ibu, kakak ipar & Fakhrullah. kami pergi tanpa memberitahu mereka yang kami nak datang. Kami sampai dalam pukul 11pg dirumah anak-anak saudaraku.Entah kenapa saat itu hati ini terasa berdebar-debar. Ingat lagi ke anak saudaraku? pertanyaan ini bermain di fikiran..

Kami disambut oleh ibu kepada kakak iparku. Kakak iparku tiada di rumah kerana ada urusan di sekolah. Mataku tercari-cari di manakah anak-anak saudaraku. Aina, Auni, Firdaus.. Su Jah datang ni.. hatiku berkata-kata. Tiba-tiba perasaan sedih mula terasa dalam diri ini melihat Firdaus yang masih kecil yang tidak tahu lg apa erti kehidupan. Ibuku terus memeluk Firdaus.. Melihat air mata ibu membasahi pipi Air mataku mula mengalir pula kerana melihat kasih sayang ibuku terhadap Firdaus. Bila melihat Firdaus, wajah arwah abgku mula terbayang di fikiranku..



Tiba-tiba 2 orang budak keluar dari bilik. Yang pasti salah seorang itu adalah Aina. Ya Allah dah besar dah anak saudaraku yang ini. Sambil berlari-lari ke arahku dia memanggil namaku "Su Jah, Su jah, Su jah... Air mata ku jatuh lagi. Aku mengalah dengan air mataku. aku mula memeluk Aina seerat yang mungkin. Ibuku tidak boleh menahan kesedihan lalu memeluk Aina. Kerinduan ibu hampir terubat selama ini...

Aina begitu petah bercakap denganku. kalau boleh semua benda dia ingin cerita kepadaku. Aku melayan sahaja apa yang ingin dia katakan. Aina sekarang sudah mula bersekolah di Tadika MawaDah. walaupun usianya baru 4 tahun dia sudah pandai membaca, mengira dan mengenal huruf hijaiyah alif, ba, ta..

Mana Auni? rupanya Auni tidak ada kat rumah.. nampaknya tidak berpeluanglah untuk berjumpa Auni. Kami redha... kami meminta kebenaran dengan ibu kepada kakak ipar untuk membawa Aina berjalan-jalan bersama kami..




Saya telah membawanya ke pasara TESCO. Di sana semua kehendak anak saudaraku saya turuti. Saya belikan dia bekas Air Dora, Berus Gigi, dan macam-macam lagi. Lepastu Aina ingin makan KFC, Kami tunaikan permintaan.. Dan last sekali kami bawa Aina bermain permainan kat situ. Dia sungguh gembira bersama kami.

Jam menunjukkan sudah hampir pukul 2, kami solat di surau TESCO dan mengahantar Aina pulang kerumahnya. Perasaan sedih kembali lagi kerana kami terpaksa berpisah kembali. Kalaulah abang ada....mesti arwah sedih. Kami sampai di rumah anak saudara. Auni sudah pulang.. Alhamdulillah sempatlah kami berjumpa dengan Auni.

Semasa bersalam-salaman dengan semua, sampai giliran aina hatiku terasa sebak dan saya tahu perasaan Aina pun sama. Dia seperti ingin mengikutku pulang tetapi apakan daya saya untuk membawanya pulang kerana...........

Tak apalah Aina, Allah maha adil dan sentiasa bersama dengan kita.. Nanti Aina besar, Aina datanglah kerumah Tok Ma yer.. Pintu rumah tu sentiasa terbuka untuk anak-anak saudaraku. Kata-kata Ibuku tadi kepada Aina menusuk hatiku. Air mata ini tidak boleh disembunyikan lagi. Biarlah ia mengalir... Aina banyak kali memelukku serta ibuku....

Nanti Su Jah cuti, Su jah datang sini dan bawa Aina gi jalan- jalan yer. Itu janjiku kepada anak saudaraku.. Aku melambai-lambai anak-anak saudaraku sehingga hilang dari pandangan...

p/s: Su jah sayang kamu. (Aina, Auni, Firdaus & Fakhrullah)


This entry was posted on 3:52 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 comments:

    Rintihan 'abid said...

    sedihnya wan..

  1. ... on January 2, 2010 at 4:43 AM  
  2. sujah said...

    sedih sgt2 akak...

  3. ... on April 10, 2011 at 9:33 AM  

Engkaulah HarapanKu